30 November 2014

SOALAN LAZIM TENTANG TUNE TALK TONE EXCEL

Adakah anda pengguna telefon bimbit?
Pasti ramai yang menjawab YA.

Mahu tak saya tunjukkan satu bisnes, yang produk utamanya adalah simkad prepaid telefon, dan jika anda mempromosikan kepada orang lain, setiap kali mereka topup atau tambah nilai dimana sekali pun, anda akan dapat duit yang akan dimasukkan kedalam akaun bank anda 3 kali sebulan, pada 1, 11 dan 21 haribulan.

Lagi ramai orang/pengguna yang anda promosikan lagi banyak duit yang anda akan perolehi. Malah pelanggan anda akan topup selalu, sampai bila2, maknanya selalulah anda dapat duit dan sampai bila2 anda akan dapat duit, selagi mereka menggunakan simkad tersebut.


Dibawah ini saya akan sediakan soalan-soalan yang sering diajukan kepada saya oleh para pelanggan dan jawapan-jawapan yang saya fikir berpatutan untuk diberikan dan dikongsikan kepada anda.

SOALAN 1: Apa yang saya dapat bila bayar RM90 (belum termasuk GST) kepada syarikat Tone Excel?
Anda akan dapat :-
(1) Simkad Tone Excel (didalamnya ada free kredit bernilai RM30)
(2) Buku panduan (handbook)
(3) Buku Table Talk (Panduan Buat Duit Melalui Handphone)
(4) Sistem robot pemasaran AutoDownLine123.com
(5) Latihan percuma
(6) Group support melalui Whatsapp dan Telegram
(7) Website replika untuk promosi

SOALAN 2: Bagaimana untuk menyertai perniagaan Tone Excel ini?
Langkah pertama: Daftar maklumat diri anda di sini. Kemudian, buat sedikit sebanyak analisa tentang perjalanan plan perniagaan Tone Excel ini terlebih dahulu. Anda mungkin akan menerima tip-tip berguna berkenaan perniagaan Tone Excel ini melalui emel dari masa ke semasa. Jadi, sila baca dan fahamkan.

Langkah ke-2: Setelah berpuas hati dengan plan Tone Excel, sila buat pembayaran sebanyak RM100 (termasuk GST dan kos Poslaju).

Langkah ke-3: Apabila menerima bungkusan Poslaju, sila pastikan anda mendapat item 1-3 seperti Soalan 1 di atas. Maklumkan kepada upline anda jika terdapat item yang tidak diterima.

Langkah ke-4: Perhatian! Jangan gunakan simkad Tone Excel yang baru diterima. Ia belum aktif dan belum boleh digunakan lagi. Anda perlu daftarkan simkad tersebut terlebih dahulu. Cara yang paling mudah ialah dengan klik link ini. Panduan lengkap cara pengaktifan simkad dan cara nak kekalkan nombor lama ada di situ. Baca dan ikuti langkah-langkahnya.


Langkah ke-5: Sila periksa emel anda. Ikuti langkah seterusnya seperti arahan dalam emel. Anda akan mendapat beberapa laman web replika bagi tujuan promosi beserta username dan password untuk login. Antara laman web tersebut ialah:
(1) http://www.tunetalk.com/ (TuneTalk.com self care system)
(2) http://autodownline123.com (untuk promosi)


Setelah selesai semua langkah di atas, kini anda telah menjadi pengguna bijak dan hanya selangkah dari menikmati pendapatan pasif yang tidak berpenghujung selagi anda menggunakan simkad Tune Talk Tone Excel. Kejayaan telah begitu hampir di hadapan mata anda. Teruskan usaha!

SOALAN 3: Apa beza Tone Excel dan Tone Plus?
Kedua-duanya di bawah kumpulan yang sama (Tune Group), hanya berbeza anak syarikat. Tone Excel Sdn Bhd dan Tone Plus Sdn Bhd. Kedua-duanya menggunakan Tune Talk sebagai service provider tetapi pelan pemasaran yang berbeza.

SOALAN 4: Saya telah menggunakan simkad TuneTalk biasa yang berharga RM5 di kedai, bolehkah saya menyertai program ini?
Boleh, tetapi anda perlu mendapatkan simkad Tone Excel yang berharga RM90 ini terlebih dahulu.

SOALAN 5: Saya pengguna TuneTalk biasa, kalau saya join ToneExcel ini dan nak kekal no lama & point macam mana?
Jika anda kekalkan no TuneTalk biasa ke ToneExcel, point dan baki kredit akan dipindahkan sekali.

SOALAN 6: Boleh ke saya buat bisnes ini kerana saya tidak tahu komputer?
Bisnes ini tidak perlu langsung pengatahuan komputer atau internet asalkan tahu handphone dan tahu buat SMS sudah cukup.

SOALAN 7: Sendiri topup dapat komisen tak?
Ya! Anda sendiri topup pun ada komisyen atau rebet tunai sebanyak 3% dengan syarat jumlah topup anda mestilah sekurang-kurangnya RM30 dalam sebulan.


SOALAN 8: Apa kelayakan untuk menerima komisen?
Topup peribadi minimum RM20 sebulan tetapi lebih elok jika topup RM50 sebulan untuk aktifkan perlindungan insurans.

SOALAN 9: Adakah saya kena topup RM50.00 tersebut sekaligus atau boleh sikit-sikit?
Kedua-duanya boleh. Sekaligus boleh. Sikit-sikit pun boleh. Asalkan jumlah terkumpul sebulan RM50.

SOALAN 10: Saya telah menggunakan simkad TuneTalk biasa yang berharga RM5.00 dikedai, bolehkah saya ingin mengekalkan no TuneTalk ini kepada ToneExcel?
Boleh, hanya gunakan cara SMS sahaja.

SOALAN 11: Saya pergi ke kedai saya dapati mereka menjual simkad pada harga RM5.00 sahaja bukannya RM90?
Tune Talk mempunyai 2 jenis simkad, satu simkad Tune Talk biasa berharga RM5.00 sekeping dan kadar panggilannya 15 sen seminit dan 5 sen per SMS, tetapi simkad itu tiada referral program. Jika kita promote kita tidak akan dapat komisen. Kedua-dua jenis simkad ini kalau nak topup dikedai hanya minta topup TuneTalk sahaja.

SOALAN 12: Orang kata kadar panggilan ToneExcel ini mahal?
Kadar panggilan ini adalah kedua terendah di Malaysia sebab ia tiada kos tersembunyi 28 sen seminit.

SOALAN 13: Telco lain ada berikan Aktiv10, maknanya dapat kadar istimewa untuk 10 no rakan saya, Tone Excel ada macam tu ke?
Tone Excel tiada pakej seperti itu.

SOALAN 14: Boleh ke simkad ini guna untuk internet/ smartphone?
Boleh, ada pelbagai pakej disediakan termasuk pakej untuk Blackberry.

SOALAN 15: Dulu saya pernah join ToneExcel, dah lama tak topup, simkad pun dah tamat tempoh tapi dulu saya ada taja ramai orang, boleh ke saya aktifkan simkad saya balik?
TIDAK BOLEH, jika anda ingin sertai semula program ini, beli simkad baru yang berharga RM90 dan sertai semula dengan nombor ID yang baru.

SOALAN 16: Saya ingin sertai program ini tetapi tiada akaun bank sendiri, boleh saya guna akaun bank orang lain?
Boleh, anda boleh menggunakan akaun bank orang lain tetapi anda perlu mengisi borang 3rd party serta serahkan salinan MyKad anda dan MyKad pemilik akaun.

SOALAN 17: Jika saya meninggal dunia, komisen topup bulanan yang saya terima itu boleh diwariskan ke?
Anda boleh mewariskan komisen bulanan topup tersebut.


SOALAN-SOALAN LAIN…

SOALAN: Apakah kelebihan lain jika saya menggunakan prepaid Tune TalkTone Excel ini?
Anda boleh mengekalkan nombor lama, anda diberi insurance kemalangan sebanyak RM100,000, menaiki kapal terbang Air Asia secara PERCUMA (mengikut syarat yang ditetapkan), point tersebut juga boleh ditukarkan kepada airtime atau handphone dan juga peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

SOALAN: Bagaimanakah marketing plan untuk perniagaan ini?
Setiap kali kita menaja ahli baru, kita diberikan RM20 sebagai fast track bonus, dan juga kita dibayar komisyen sebanyak 6% untuk Level 1 yang topup, 3% untuk Level 2 yang topup dan 11% untuk Level 3 yang topup.

SOALAN: Bagaimanakah Tone Excel membayar komisyen kepada saya?
Untuk bonus fast track, jika kita recruit ahli baru dari 1-15 hb, duit bonus akan dibank in dalam akaun anda pada hujung bulan, jika kita recruit dari 16-31 hb, bonus akan dimasukkan kedalam bank anda pada 11 hb depan. Untuk komisyen topup akan dibayar pada 21 hb depan asalkan ianya lebih RM30. Jika kurang, ia akan dibawa untuk bulan hadapan.

SOALAN: Apa kelayakan untuk menerima komisyen?
Anda dikehendaki topup minimum RM20 dalam sebulan, dan jika jumlah terkumpul komisyen anda melebihi RM30, barulah ia dimasukkan ke akaun anda.

SOALAN: Adakah saya kena topup minima RM20 tersebut sekali gus atau boleh sedikit-sedikit?
Kedua-duanya boleh, sekali gus pun boleh sedikit-sedikit pun boleh, asalkan jumlahnya paling kurang RM20 dalam tempoh sebulan.

SOALAN: Apa jadi pada bulan tersebut jika saya topup jumlahnya tak sampai RM20?
Sekiranya anda sudah ada downline, dan bulan tersebut anda sudah ada komisyen, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja, bulan-bulan lain tetap dapat jika topup lebih RM20.

SOALAN: Setelah saya menyertai perniagaan ini, apa yang perlu saya lakukan?
Jadikan kesemua ahli keluarga anda yang terdekat, seperti ibu/bapa, suami/isteri anak-anak, adik beradik, saudara mara yang terdekat, pekerja anda, atau sesiapa yang menggunakan simkad prepaid, dan juga sebelum ini mereka membayar bil/prepaid telefon melebihi RM20, maka suruh mereka menggunakan talian Tune Talk ini. Kalau dulu anak-anak kita menggunakan talian kompeni ABC, kalau mereka topup (kadang2 kita juga yang bagi duit topup), kompeni ABC bertambah kaya. Kali ini jika mereka menggunakan talian Tune Talk dalam WoW Program Tone Excel, jika mereka topup, kita pun dapat sedikit hasil.

Selepas itu barulah promote kepada orang lain, seperti rakan sekerja, sahabat-sahabat sepermainan, sambil main golf, main tenis, main badminton, main sepaktakraw, main snooker, jogging, sambil mancing, sambil sembang di kedai mamak, ceritakan peluang ini dan ajak mereka sekali. Terangkan yang ini bukan MLM, tapi guna handphone macam biasa dan dapat upah jika ceritakan pada orang lain.

SOALAN: Bagaimana untuk mendapat berita-berita terkini dan tip-tip promosi perniagaan?
Anda hanya perlu berikan nama dan email diborang dibawah ini dan kami akan menghantar laporan, berita dan juga tip-tip terbaru untuk mengembangkan perniagaan ini.


Dimana ada jual topup, disitu ada jual topup Tune Talk

Topup untuk prepaid Tune Talk ini ada dijual di seluruh Malaysia. Kalau tak percaya, anda boleh pergi ke mana-mana kedai yang menjual topup berhampiran rumah anda, 7eleven atau station minyak dan tanya samada mereka ada jual topup Tune Talk atau tidak. Jangan tanya topup Tone Excel, tanya topup TuneTalk. Kalau sesiapa yang tahu internet dan ada Maybank2u atau CimbClicks, cuba topup melalui online, tengok ada ke tidak topup Tune Talk. Kalau ada, habis cerita. Kalau anda pengguna CimbClicks atau Paypal, anda boleh buat autotopup.

Topup TuneTalk ada dijual di mana-mana diseluruh Malaysia. Anda boleh topup RM3, RM5, RM10, RM50, RM80, RM100 atau RM300. Senang kata, apa jua nilai yang ingin anda topup, ada dijual di luar sana.

Tapi kalau nak topup, beli kat kedai ke atau secara online, saya cadangkan anda topup RM30 atau RM50, sebab kalau topup RM30, anda akan dapat RM40 (free airtime RM10). Kalau topup RM50 anda akan dapat RM70 (free airtime RM20).


BIG Point Terkumpul Untuk Topup Tune Talk

Setiap kali anda topup, anda akan mendapat point dan apabila dikumpulkan boleh ditukarkan kepada tiket kapal terbang AirAsia atau pun dengan handphone terkini.

Berikut ialah jumlah point yang akan anda perolehi setiap kali anda topup.


Point Tune Talk kini telah termasuk di dalam BIG Points berkuatkuasa 1hb Oktober 2013.
Ahli-ahli Tune Talk Tone Excel menikmati penebusan tiket penerbangan AirAsia dengan BIG Points. Hanya top up dan anda akan secara automatik mulai menerima BIG Points untuk penerbangan AirAsia serta merta!

Ini adalah sebahagian contoh destinasi pelancongan dan point yang diperlukan untuk menebus mata ganjaran BIG Point dengan tiket AirAsia percuma.


Bagaimana Menebus (Redeem) Daripada Tune Talk Menggunakan BIG Points?

1. Dail *133# untuk menyemak baki BIG Points di dalam akaun Tune Talk anda.

2. Hubungi Tune Talk Customer Care di 13100 atau 03-7949 0000 dan mohon untuk menebus (redeem) item/barangan anda sebagai contoh handphone, tiket AirAsia, tiket wayang dan sebagainya.

3. BIG Points anda akan diambil dan ditolak daripada akaun Tune Talk anda.

Lebih banyak anda topup, lebih banyak BIG Points yang anda dapat kumpulkan dan ianya TIADA TEMPOH TAMAT.

Sangat-sangat mudah!

Jadi, jangan tunggu lagi...terus daftar nama anda di sini.